Tuesday, June 30, 2009

LAWATAN AKAN DATANG

Persiapan sedang diatur untuk memulakan sebuah perjalanan yang bakal memberikan pengalaman untuk dikenang sepanjang hayat.

Kali ini kami berenam beradik akan menjelajah kesebahagian Pulau Jawa dari Surabaya ke Jogjakarta. Kami namakan perjalanan ini sebagai "Kembara Wali Songo". Sesuai dengan tujuannya ,perjalanan ini yang akan mengambil masa selama 8 hari adalah semata-mata memenuhi hajat dan matlamat kami menjejak kembali perjalanan hidup "Sembilan Wali".


Kisah hidup terutama pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh kesembilan Wali tersebut amat menarik minat kami untuk mendalaminya dengan lebih terbuka dan jelas. Selama ini pengetahuan kami hanya berkisar dari rujukan buku-buku atau kitab-kitab ugama yang tentunya tidak lengkap. Justru itu bagi melengkapkan lawatan , kami telah bersetuju untuk menjadikan lawatan kemakam-makam adalah sebagai agenda utama. Kemungkinan tidak semua kesembilan makam dapat di kunjungi kerana makam Sunan Gunung Jati terletak agak jauh dari laluan kami iaitu terletak di Kabupaten Ceribon. Manakala makam-makam yang lain kebanyaknya adalah didalam Kabupaten Gerisek.


Untuk tatapan dan catatan perjalanan selanjutnya akan dikemaskinikan selepas lawatan nanti...

InsyaAllah..doakan kejayaannya..Amin.



Monday, May 25, 2009

gambar -gambar semasa lawatan







Didalam lubang ini disumbat enam mayat pegawai atasan tentera yang dibunuh..









semasa membuat lawatan ke Muzium Lubang Buaya, Jakarta. Lambang kezaliman manusia terhadap manusia apabila kuasa menjadi rebutan.






Monday, May 11, 2009

mengembara ke Indonesia

Melawat kenegeri orang adalah satu pengalaman yang meninggalkan berbagai kesan. Tidak perlu berbelanja banyak sepertimana yang sering menjadi halangan terhadap mereka yang berkeinginan. Pokoknya niat dan hajat hati perlu terlaksana dalam situasi santai dan sederhana.

Melalui pengalaman dan dengan perancangan yang rapi banyak kos yang dapat diminimakan tanpa menjejaskan keseronokan dan perjalanan. Tambahan pula sekarang dengan penerbangan tambang murah yang disediakan oleh Syarikat penerbangan, memberi peluang yang luas kepada mereka yang berminat melancung .

Tidak dinafikan sedikit sebanyak wang belanja perlu disisipkan sebagai persediaan. Mungkin ada yang tidak dapat menahan nafsu melihat barangan yang murah dinegeri orang untuk dibawa pulang. Dalam menghadapi situasi sebegini kita harus ada perancangan awal bagi menetukan pembahagian (portion) untuk setiap kategori perbelanjaan.

Sebagai contoh:-

a. Belanja tambang perjalanan darat.

b. Belanja makan dan penginapan

c. Ole-ole (jika perlu sangat...)

d. Barangan keperluan sendiri..cenderamata/kenangan

e. Bayaran untuk cukai dilapangan terbang.



Perlu diingatkan juga bahawa melancung secara sendirian (tanpa ajen pelancungan) adalah lebih bebas dan santai. Kita tidak terikat dengan jadual lawatan yang ketat dan kerenah pelancung lain yang bersama-sama kita.



Walaubagaimana pun melancung secara bebas perlukan banyak persediaan dari segi maklumat dan diri sendiri sebelum memulakan perjalanan. Dibawah ini diberikan beberapa tips yang boleh memberi panduan kepada anda yang ingin berkelana kenegeri orang:-

1. WANG
Pastikan wang yang mencukupi. Tentunya perancangan keperluan telah dibuat dengan terperinci seperti contoh yang dinyatakan diatas. Tukar kematawang negara yang hendak dilawati.

2.TIKIT PENERBANGAN
Pastikan kadar harga yang ditempah adalah yang termurah..(kalau banyak duit itu cerita lain la..)
3. TEMPAT PENGINAPAN
Boleh diperolihi dikaunter 'TOURIST INFORMATION' sebaik sahaja selesai urusan Imigeresen
di lapangan terbang yang dituju. Kita hanya perlu nyatakan pilihan hotel dan kadar harga yang termampu seterusnya bayaran dibuat disitu juga. Bawa resit kehotel yang dinyatakan dan dapatkan kunci bilik..mudah.
4. KENDERAAN (TEKSI)
Dapatkan maklumat tentang kadar harga teksi yang hendak di naiki untuk kemana sahaja tujuan dari kakitangan hotel atau dilapangan terbang. Sebaiknya bincang dulu dengan pemandu sebelum menaiki teksinya. (Kalau guna kopon lagi baik..)
4.KENDERAAN UNTUK MELANCONG
Terdapat banyak kenderaan (diIndonesia misalnya) yang menawarkan khidmat membawa pelancong bersiar-siar mengikut pakej lawatan. Anda hanya perlu memilih samada harga dan tawarannya dan tengok juga mobilnya..jangan yang dah ..merang perapu ...
5.TEMPAT MAKAN
Minta pemandu menunjukkan tempat makan yang halal dan yang murah..kekadang pemandu ni nak dapat tip dari pemunya restoran , dibawanya kita ketempat yang mahal...awas.
6.MENAWAR HARGA
Secara umumnya memang para peniaga diseluruh Negara Asian khususnya memandang tinggi
pelancong Malaysia..oleh itu anda harus berhati-hati apabila membeli barangan mereka. Tawarkan kadar harga hingga kepada separuh atau 1/3 daripada harga asal...mudah-mudahan dapat murah lagi...
7.TAHAN NAFSU
INI YANG PALING PENTING...KEBANYAKAN BENDA DAN BARANG YANG KITA TENGOK TIDAK ADA DITEMPAT KITA TAMBAHAN PULA MURAH DAN CANTIK...MAKA NAFSU AKAN BERGELORA DAN AKHIRYA KITA LESU ...duit habis badan penat memikul.

sAMpai SiNi duLu...HinGGa keTeMu LagI.............

Sunday, May 10, 2009

Latar Belakang


Lahir ku diawal 60an..
ketika usia Malaysia baru belajar bertatih..
ketika Melayu belum tahu memetik suis lampu didinding..
Tika ...
kaya tiada dalam kamus kehidupan kami sekeluarga..
anak jiran yang senasib kami..
berkaki ayam...
mandi tanpa sabun

Saturday, May 9, 2009